• SK TAN SRI GHAZALI JAWI

    Selamat datang ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Tan Sri Ghazali Jawi. Pelbagai maklumat dan aktiviti sekolah dapat diakses melalui portal ini. Terima kasih.

× MAKLUMAN : Terima kasih kerana mengunjungi portal kami. Untuk makluman portal masih dalam pembinaan.

MAJLIS PERSARAAN CIKGU UMAR FUAAD HUSSIN



9 Ogos 2019 : SK Tan Sri Ghazali Jawi - Hari ini warga guru dan pelajar SKTSGJ bersama-sama memberi penghargaan dan meraihkan hari persaraan En Umar Fuaad yang merupakan antara guru yang paling lama berkhidmat di sekolah ini. Beliau telah mengajar bermula dari tahun 1989 dan disahkan lantikan pada tahun 1991 di SK Tan Sri Ghazali Jawi dan merupakan seorang guru yang komited serta digemari oleh semua pelajar. Kini, perkhidmatan beliau sudah sampai ke penghujungnya dan semua warga sekolah mengucapkan selama bersara. JASAMU AKAN TETAP DIKENANG, TERIMA KASIH CIKGU!


Share:

PANITIA BAHASA INGGERIS : PECUTAN AKHIR UPSR


Pecutan akhir subjek Bahasa Inggeris Tahun 6 yang dilaksanakan oleh Panitia Bahasa Inggeris. Terima kasih kepada guru yang pastinya telah habis mengajar setiap topik atau bab yang perlu murid pelajari. Ulangkaji semula bab-bab yang dirasakan susah atau bab yang telah ditarget.





Share:

KEJOHANAN CATUR MSSPK NEGERI PERAK 2019


Tahniah kepada adik Nur Salsabila kerana telah mewakili sekolah dan Hulu Perak dalam Kejohanan Catur MSSPK Negeri Perak 2019 yang berlangsung pada 19-21 Julai di IKBN Seri Iskandar. Walaupun tidak berjaya untuk ke peringkat seterusnya, tetapi pengalaman mewakili daerah dapat menjadi satu motivasi untuk terus berusaha mencapai peringkat yang lebih tinggi.

Terima kasih kepada PIBG, ibubapa dan guru-guru yang memberi dorongan serta Puan Noranin yang bertindak sebagai guru pengiring.


Share:

KEJOHANAN PELAYARAN MSSM 2019 : ARIF ZAKWAN B. DANIEL TERSENARAI


Tahniah adik Arif Zakwan b Daniel kerana tersenarai dalam pemilihan dan latihan pusat pelayaran MSS Perak ke Kejohanan MSSM, Pulai Pinang 2019.



Kejohanan Pelayaran Majlis Sukan Sekolah Malaysia Pulau Pinang 2019 akan berlangsung pada 1 - 9 Ogos 2019 bertempat di Pantai Bersih, Bagan Ajam, Butterworth dengan format jarak pertandingan 400 meter dari pantai.


Share:

KEJOHANAN HOKI PEMBANGUNAN B11 DAERAH HULU PERAK 2019


Kejohanan Hoki Pembangunan bawah 11 tahun Daerah Hulu Perak 2019
20072019
Mini Stadium Pengkalan Hulu
Naib Johan P 11tahun
Tahniah murid dan guru yang terlibat


Share:

JALINAN KERJASAMA TNB PINTAR BERSAMA CONFIRM A UniTeN


Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Confirm A UniTen khasnya Professor Madya Dr. Mohd Azree Idris atas kunjungan ke SK Tan Sri Ghazali Jawi atas jalinan kerjasama untuk berkongsi kepakaran dalam kecemerlangan akademik pelajar-pelajar sekolah rendah negeri Perak.


Share:

KEM PEMANTAPAN UPSR : CINTA SAYANG RESORT



Bagi para guru, Kecemerlangan dalam UPSR menjadi nadi utama bagi SKTSGJ, Untuk itu satu Kem Pemantapan UPSR telah diadakan pada 13 hingga 14 Julai bertempat di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah.

Antara objektif utama kem tersebut ialah memberi pendedahan kepada murid berkaitan kaedah serta teknik menjawab soalan UPSR. Kem tersebut telah dikendalikan oleh beberapa fasilitator berpengalaman yang terdiri daripada guru-guru tahun 6 SKTSGJ sendiri. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Share:

PENERANGAN KHAS TENTANG SOLAT JAMAK DAN QASAR

Solat jamak dan qasar dilakukan oleh mereka yang bermusafir (dalam perjalanan yang jauh).
Namun tidak ramai yang ingat kaedah solat ini lantaran ia jarang-jarang dilaksanakan.
Oleh itu, pihak sekolah khususnya guru Pendidikan Islam tahun 6 mengambil pendekatan untuk  membimbing para pelajar tahun 6 yang akan menyertai kem peningkatan UPSR melakukan solat jamak dan qasar secara mudah, dan boleh difahami.


785065-contact-us-wallpaper

photo-2019-07-12-13-19-20

photo-2019-07-12-13-19-26

photo-2019-07-12-13-19-34

photo-2019-07-12-13-19-40

Share:
epinjaman
laporanladap laporanladap

ARTIKEL TERKINI

MAJALAH SEKOLAH EDISI #2 2019

Annotation-2019-07-21-204205